Tudung Labuh Tapi.....

Salam . Lama sudah tak buat entry . Hari ini nak bercerita sikit pasal tudung labuh . Bila sebut tudung labuh mesti dah terbayang dalam kepala otak kita orang tu mesti alim , kuat dan tinggi agamanya , kan kan kan !! Bagi lelaki mesti nak isteri macam tu , tak layan lah girl-girl yang tak pakai tudung nie sebab dalam fikiran lelaki tak pakai tudung ni jahat dan suka bersosial .

 Kesian kadang-kadang aku tengok orang baik tak pakai tudung ni . Bila aku cakap "tak pakai tudung bukan bermakna dia jahat ,pakai tudung tak bermakna dia baik" mula la keluar ayat "orang baik mesti akan pakai tudung" bukannya salah tapi nak buat macamana dia tak dapat hidayah dari Allah s.w.t . Cuba waktu tengok wanita-wanita yang bertudung berdoa " Ya allah semoga Engkau berikan hidayah agar dia memakai tudung . Ini tidak , di maki lagi ada "ek'ekleh minah ni tak pakai tudung , sah-sah tak sembahyang"


Jauh pulak lari dari tajuk , aku nak citer lain tadi . Tadi lepas aku pergi belajar drive aku pergi la pasaraya kejap nak beli air Vitegen kat anak-anak buah aku . Sedang aku tengah pilih air-air yang sesuai untuk aku , datang seorang kakak nie , cantik aku tengok , bertudung labuh , pakai jubah dengan sarung tangan ala-ala gambar kat atas tu , kakak tu tengah pilih air kat sebelah aku .


 Bila aku bersebelahan dengan kakak tu aku rasa kerdil sangat macam aku ni takda ilmu agama , dengan berseluar jeans , tudung bersimpang siul , pakai baju t-shirt . Aku toleh kat kakak tu , kakak tu pun tertoleh dan kami pun bersua muka ,tak kan aku nak diam je , aku pun senyum la . Tapii....kakak tu langsung tak senyum kat aku , siap jeling lagi , macam pandang sinis kat aku.

Dalam hati aku "apahal perempuan ni , tak boleh balas ke senyum aku" aku bersabar . Aku pun pergi kaunter nak bayar , kakak tu datang kat sebelah aku nak bayar guna kaunter yang sama . Aku tengok barang dia sikit je dari aku , aku pun kata kat cashier tu "kak kira la yang tu dulu barang dia sikit je" . Aku pun toleh kat dia ,aku tahu dia dengar , dia buat tak tahu je .

Selepas habis kira-kira barang dia cashier pun cakap "nak letak dalam plastik tak kak?"
Kakak tu dengan kasarnya menjawab "tak payah aku nak cepat ni" aku tengok cara dia bayar duit pun baling-baling je . Lepas tu dia blah , aku masa tu dah hilang abis kekerdilan aku , hilang habis !! Dalam hati "tengok macam alim yang amat tapi budi bahasa kenapa tak?? sejak tu bila aku tengok je orang tudung labuh ni, aku tak tahu beza yang mana berbudi bahasa dengan tak??

Yang pakai tudung labuh tu jangan terasa . Ini just pandangan peribadi . Nama pun blog peribadi .

2 comments:

  1. aq bukanlah org yg pkai tudung... tp, itu adlah sifat dan sikap org tu... memang btl, ada segelintir umat manusia spt itu... manusia ni bermcm2 perangai... cuma kalau kita berhadapn dgn org mcm tu, kita hnya mampu berdoa yg terbaik utknya dan harap kita di jauhkan dr sikap dan sifat spt itu...

    http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/08/perkara-yang-memalukan-seorang-lelaki.html

  2. Mdsaf Kyo said... BALAS

    macam2 persepsi, lain orang lain pendapat, lain penilaiannya... jangan kita cepat menilai seseorg dari luaran tanpa mengenalinya...

    biarlah org nk nilai kita dengan apa pon, tapi tetaplah kita jgn bersangka-sangka terhadap org lain....

    seperti mana yg Rasulullah ajarkan supaya berbuatlah baik kepada setiap orang meskipun org itu membuat keburukan keatas kita....

    biar ALlah sahaja yg menilai amalan kita dan amalan org lain.... semoga sedikit sebanyak dapat kita kongsikan ilmu...

    SamPaiKaN DaRiKu WaLaU SaTu aYaT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...