Kalau Aku Beli Nombor Ekor Sekali Je Haram Tak !!

Tak pernah terlintas pun dalam otak aku nak beli nombor ekor walaupun sekali , haram tu tetap haram tau . Otak aku masih waras . Aku cuma pelik , benda tu haram tetapi kenapa kedai-kedai judi , nombor ekor tetap dibuka dan dijual juga .

Pekan tempat aku tu ,bukan lar bandar sangat tapi nama pun pekan bayangkan lah macam mana , dekat 3 buah juga tempat jual nombor- nombor ni tu tak kira tempat jual arak lagi . Pekan pun dah lebih dari satu , bayangkan bandar .


Kalau orang cina , india , pendatang asing bukan islam pergi beli aku sokong sebab bukan dosa pun . Ni tidak , orang melayu juga pergi beli . Aduyaii apa nak jadi dengan orang melayu zaman sekarang ,bertaubatlah .

Ada minggu lepas aku keluar dengan member pergi jalan-jalan sedut angin , aku nak pergi kedai baju di hujung sana tu , aku cakap aku ke nak pergi tadi , hehehehe , bukan-bukan ,member yang nak pergi , aku nak pergi timbang berat aku je .


Sebelum sampai ke destinasi kami perlu melalui kedai nombor ekor yang dulunya dipanggil TOTO , bak kata cikgu aku Tipu Orang Takde Otak , semasa lalu tu kawan aku pun bersuara "weii jom beli nombor aku takde duit ni mana tau rezeki boleh dapat " dia tolak nya aku masuk dalam . Aku dengan banganya " Astafirullahalhazim kau nie tahu tak dosa tu , Ya Allah ampunkanlah umat mu ini" HAHAHA
Tu tak nampak orang melayu tengah beli , takkan berbaju melayu ,bersamping tak kan nak kata  pendatang asing menyamar beli nombor kot

Sebenarnya kami memang macam nie bila jumpa je kedai-kedai dosa yang ada melayu beli ni . Keluar habis ayat-ayat yang aku hafal , mengucap , bukan cakap pelahan-pelahan pulak tu , Sambung cite tadi , lepas aku cakap tu ada sepasang makwe dan pakwe melayu tengok je aku , apasal dah insaf ke?? dah lah beli nombor ekor ajak makwe , tak patut betul , rasa macam nak hayun je handfon yang aku pegang ni . Apa Nak Jadi Dengan Anak Melayu Zaman sekarang . YA ALLAH . Aku bersyukur sebab aku tak termasuk dalam golongan tersebut .


1 comments:

  1. hazdnul said... BALAS

    weyh..nk p bli..pakai baju kurung p bli..haha.. tahu haram tpi nak beli jugak..ngee~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...