Perempuan Semakin Pandai Atau Lelaki Semakin Bodoh??

    Assalamulaikum semua . Sebelum mula aku nak bertanya perempuan sekarang nie makin pandai atau lelaki yang semakin bodoh(lelaki jangan marah,baca sampai habis dulu). Kementerian Pelajaran pernah menjelaskan pemuntut wanita semakin cemerlang diperingkat sekolah dan seterusnya Universiti atau kolej. Perkara ini akan berterusan jika faktor 'PERUBAHAN' tidak dibuat. So adakah betul ke wanita sekarang makin pandai atau sebenarnya lelaki mengalami masalah yang menyebabkan mereka sebagai "juara" bertahan semakin merudum?HAHAHAHA(evil laugh)







Atau mungkin sekarang perempuan dah tak berminat kerja2 sebagai suri rumah tangga . Perempuan sekarang tak nak dah kerja kat dapur(sebab tu sekarang banyak perempuan tak pandai masak) sekurangnya aku pandai masak sikit dari tak tahu langsung . Maknanya perempuan sekarang ingin berkerja,ada pendapatan atau kerja sebab suami yang tak bagi duit???(ada ker orang camtu) So sekarang perempuan dah banyak maju..




Aku tak kata lelaki tu bodoh,tu soalan jer nampak tanda soal kat situ. Sebenarnya lelaki nie lagi pandai dari perempuan biasa lar akal ada 9. Lelaki nie bila cikgu explain apa-apa mereka mudah paham bukan macam perempuan kena baca berkali-kali. Tapi budak lelaki nie satu jer 'MALAS', homework tak nak buat,revision tak nak buat,sebab tu la ilmu yang dia senang nak cerna tu, tak lekat lama kat otak,kelas taknak masuk(sesetengah jelah macam nie kot)




Semangat budak atas nie jawab exam HAHAHAHA. Kalau aku lar dapat otak macam budak lelaki aku takkan sia2kan. Aku tak tahu lar 9 akal tu lelaki guna untuk apa. Aku bukannya nak rendah kan kaum adam just bagi pandangan semasa. Perempuan ada kebodohan dari segi lain.lelaki dari segi lain, masing ada sipi2 bak kata pepatah aku Kita Serupa Tapi Tak Sama. Piss Yoo

1 comments:

  1. Mat Rol said... BALAS
    This comment has been removed by the author.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...