Tudung Labuh Tapi.....

Salam . Lama sudah tak buat entry . Hari ini nak bercerita sikit pasal tudung labuh . Bila sebut tudung labuh mesti dah terbayang dalam kepala otak kita orang tu mesti alim , kuat dan tinggi agamanya , kan kan kan !! Bagi lelaki mesti nak isteri macam tu , tak layan lah girl-girl yang tak pakai tudung nie sebab dalam fikiran lelaki tak pakai tudung ni jahat dan suka bersosial .

 Kesian kadang-kadang aku tengok orang baik tak pakai tudung ni . Bila aku cakap "tak pakai tudung bukan bermakna dia jahat ,pakai tudung tak bermakna dia baik" mula la keluar ayat "orang baik mesti akan pakai tudung" bukannya salah tapi nak buat macamana dia tak dapat hidayah dari Allah s.w.t . Cuba waktu tengok wanita-wanita yang bertudung berdoa " Ya allah semoga Engkau berikan hidayah agar dia memakai tudung . Ini tidak , di maki lagi ada "ek'ekleh minah ni tak pakai tudung , sah-sah tak sembahyang"


Jauh pulak lari dari tajuk , aku nak citer lain tadi . Tadi lepas aku pergi belajar drive aku pergi la pasaraya kejap nak beli air Vitegen kat anak-anak buah aku . Sedang aku tengah pilih air-air yang sesuai untuk aku , datang seorang kakak nie , cantik aku tengok , bertudung labuh , pakai jubah dengan sarung tangan ala-ala gambar kat atas tu , kakak tu tengah pilih air kat sebelah aku .
Tak pernah terlintas pun dalam otak aku nak beli nombor ekor walaupun sekali , haram tu tetap haram tau . Otak aku masih waras . Aku cuma pelik , benda tu haram tetapi kenapa kedai-kedai judi , nombor ekor tetap dibuka dan dijual juga .

Pekan tempat aku tu ,bukan lar bandar sangat tapi nama pun pekan bayangkan lah macam mana , dekat 3 buah juga tempat jual nombor- nombor ni tu tak kira tempat jual arak lagi . Pekan pun dah lebih dari satu , bayangkan bandar .


Kalau orang cina , india , pendatang asing bukan islam pergi beli aku sokong sebab bukan dosa pun . Ni tidak , orang melayu juga pergi beli . Aduyaii apa nak jadi dengan orang melayu zaman sekarang ,bertaubatlah .

Ada minggu lepas aku keluar dengan member pergi jalan-jalan sedut angin , aku nak pergi kedai baju di hujung sana tu , aku cakap aku ke nak pergi tadi , hehehehe , bukan-bukan ,member yang nak pergi , aku nak pergi timbang berat aku je .
Kenapa Ibu bapa sekarang tak macam zaman dulu ??? dulu ibu bapa bila nak marah anak , keluar la mencarut "bertuah punya anak " "pandainya anak mak ni " . Agak2 ibu bapa zaman sekarang kalau marah keluar macam mana yerk "jahanam lar,sial,bodoh," . Tulah zaman sekarang susah nak cari budak-budak yang baik , yelah asyik menyumpah benda-benda yang tak elok je , kalau dah kata hari-hari memang benda tu jadi lar . Dari tak bodoh jadi bodoh ,dari baik jadi jahanam , dari berakhlak mulia jadi sial . Dah jadi satu doa kalau selalu cakap.

Komen Ustaz Azhar Idrus Tentang Isu Fanatik KPOP..Jom Kita tengok sama-sama . Aku tak fanatik just berminat ..
Revolusi Korean Pop atau singkatan nya K-pop semakin diterima di negara kita sekarang ni . Tanya la remaja-remaja sekarang ni mesti tahu apa itu k-pop , bak kata seseorang siapa yang tak minat kpop ni ketinggalan zaman la . Aku pun boleh dikatakan minat juga just tak la fanatik sangat sampai nak kahwin la terlompat-lompat la , aku masih boleh berfikir yang diorang tu bukan islam and sure2 lar tak boleh kahwin kan . HAHAHAHA

Aku minat k-pop ni di suara-suara yang sedap je bukan PRETTY FACE diorang tu(aku cakap pasal lelaki ye) tapi muka yang hensem tu menjadi satu bonus la bagi kumpulan yang suara memang perhhn macam kumpulan ballad +++ bukan macam kumpulan +++  , dah suara hampeh harap muka cun and badan ketul-ketul . Tapi sebenarnya bukan perihal kpop yang aku nak kongsikan , perihal sebenarnya ramai lagi orang yang lebih hensem atau lebih kurang hensem dari group kpop nye , kita je tak tahu . Bukan lar nak kata semua ahli group tak hensem tapi ada lelaki-lelaki dari negara lain yang hensem..jom kita tengok...

1.. Imran Abbas dari Pakistan seorang pelakon/model




Perhubungan antara lelaki dan perempuan sememangnya sesuatu yang agak kompleks untuk dikaji secara mendalam. Walaupun begitu kajian demi kajian telah dilakukan untuk membolehkan perempuan dan lelaki saling memahami. Walaupun tidak faham sepenuhnya, tetapi cukup sekadar untuk mengetahui bagaimana perlakuan 2 gender yang berlainan.

Untuk entri kali ini, juga berkaitan gender (yup kerana topic gender seronok untuk dibicarakan.:). entri kali ini merujuk kepada ayat biasa yang digunakan oleh lelaki apabila memulakan percakapan dengan perempuan apbila berhubungan melalui telefon. Aku bagi 2 contoh la yang biasa digunakan dan kenapa digunakan serta kenapa perempuan tidak perlu mempertikaikannya.



Seronok pulak join2 segmen nye...Hadiah misteri apa lar tu...
Jom lar Join Syazfida Afzan , Pena jejari ,Farhani
syarat-syarat nya mudah-mudah jer

Tarikh tutup : 17 Januari 2012




Sudah agak lama kita tidak mendengar kisah Rita Rudaini selepas dia melahirkan anaknya yang keduanya . Tapi rasanya dia akan kembali aktif berlakon tidak lama lagi . Bukan benda tu yang aku nak cerita sebenarnya , yang aku nak cerita adalah perang antara Rita Rudaini dengan Adik iparnya iaitu Zaquan Azhar yang kini kian bercambah-cambah semula .

Aku pun tak tahu betul ke tak . Tetapi ada pihak yang mengatakan mereka berdua berbalah di laman twitter masing-masing(senang cakap menyidir lar kan) . Semua orang tahu hubungan mereka tidak sebulu . Ini bukti dikatakan mereka saling menyindir .
 .



Bukan sahaja dengan adik iparnya , isteri Zaquan Azhar iaitu Ayu Raudhah dikatakan panas hubungan mereka kerana pernah tersebar cerita mengatakan Ayu dan Zaquan menjadi batu api agar hubungan ibu dan keluarga mentua bergolak . Malah sejak berkahwin hubungan Rita dengan ibu mertuanya juga sudah dingin . 

Satu keluarga nak bergaduh . Malah komen apa-apa masalah keluarga orang , artis pulak tu , keluarga sendiri pun banyak masalah . Tapi harap-harap ibu mertua dan keluarga dapat berbaik-baik untuk hidup lebih bahgia . Semua orang ada masalah tapi mak saya selalu pesan 'Walaupun besar mana masalah kita mesti ada orang yang ada masalah besar dari kita' . Piss Yoo..





Acha berlakon dalam ombak rindu??,,ada perasan tak kalau ada mesti tak tengok lagikan..hehehehe..Kejap2 sebelum tu kenal tak acha ni..alla acha nie orang indonesia yang pelakon dan menyanyi tu . Aku suka muka dia comel , aiss dah lari tajuk nie . Acha sekarang nie tengah study dekat Lim Kok Wing Malaysia .

Mesti ramai yang tak tahu sebenarnya acha nie penah ditawarkan berlakon dalam filem ombak rindu yang tengah hangat sekarang nie . Tapi sayangnya acha tolak tawaran berlakon kerana sibuk dengan pengajiannya di Lim kok Wing . Ada ura-ura mengatakan acha agak menyesal kerana menolak tawaran berlakon dalam filem itu.

Memang patut pun menyesal, mana taknya sekarang filem nie dapat sambutan gila dan meletup-letup . Berapa hari di pawagan berapa juta diorang dapat, rugi2. Kalau menyesal pun tak berguna dah cik Acha oii.



Tapi kan kalau betul lar Acha dapat tawaran dan dia terima berlakon dalam ombak rindu , agak watak apa yang dapat dalam filem ni yer?? . Dah dia pelat indonesia takkan nak bagi watak orang melayu pulak?? ker watak mak kepada aaron aziz??haahaha tak mugkin tapi kalau jadi sedap jugak mata memandang .

Aku rasa perlakon-perlakon kita pun lagi hebat . Lisa lagi best, maya karin lagi lar, Abang Aaron lagi-lagi lar . Meletup jugak sambutan filem nie . Bayangkan kalau Acha masuk,lagi meletup ka atau apa-apa lain yang jadi ka?? my pandangan je, setiap orang ada pendapat masing-masing kan . Piss yoo..

Best jugak berblogwalking nie . Banyak info-info menarik yang boleh menambah pengetahuan aku . Bila sibuk-sibuk blogwalking terjumpa entry pasal cara takutkan lelaki dari brother Super Hamzah nye mcm best lar pulak dan saya ingin tulis semula bukan curi yer . Tapi aku ubah sikit tajuk jadi cara girlfriend untuk takutkan boyfriend .  Jom kita tengok

1) Bercakap pasal anak 
Nama anak pada masa akan datang. Ataupun nak anak berapa orang, perempuan berapa lelaki berapa. Walhal korang tu baru je kapel-kapel. HAHAHAHA agak2 apa respons dia .








2) Bercakap pasal kahwin/masa depan terlalu kerap
Perempuan kalau dia kapel mesti la dia pikir,
"Eh, aku nak serius lar dengan mamat ni. nanti boleh lar kahwin"

Lelaki?
"Minah ni saiko ke apa baru je kapel dah tanya nak kawin bila, patut la pakwe dia clash dulu dengan dia"




Segmen | Follow Seikhlas Hati

Hari ini first time nak join segmen sebab baru dalam dunia blog. Harap dapat belajar dan kenalan dengan lebih banyak lagi. Jom intai2 segmen nye.



Syarat-syaratnya
  • Buat entry bertajuk Segmen | Follow Seikhlas Hati
  • Tepek banner yang comel atas tuh. Tekan link, pastu copy :)
  • Follow blog mimie sini 
  • Tag kawan. Jom join Muhammad ardhan dan Liyana Alia
  • Hantar URL Entry korang kat sini. Yang full untuk entry nie.

  • Expired date : 31/1/2012 at 11.59 pm

Jom siapa nak join nak tambah-tambah kenalan dalam dunia blog.hehehe..aku pun first time buat entah betul ke tidak aku buat nye

Bak kata tukang pembuat segmen "Biarlah ada sedetik keikhlasan dalam setiap perkara yang kita lakukan" kan3



    Assalamulaikum semua . Sebelum mula aku nak bertanya perempuan sekarang nie makin pandai atau lelaki yang semakin bodoh(lelaki jangan marah,baca sampai habis dulu). Kementerian Pelajaran pernah menjelaskan pemuntut wanita semakin cemerlang diperingkat sekolah dan seterusnya Universiti atau kolej. Perkara ini akan berterusan jika faktor 'PERUBAHAN' tidak dibuat. So adakah betul ke wanita sekarang makin pandai atau sebenarnya lelaki mengalami masalah yang menyebabkan mereka sebagai "juara" bertahan semakin merudum?HAHAHAHA(evil laugh)

Aku Benci Nazmi Faiz Sebab Kau

Tiba-tiba jer aku cerite pasal benda nie..kenal nazmi faiz??Alla budak tingkatan 5 yang tak ambik spm tu. Tak payah aku citer lar, mesti semua orang kenal budak kat bawah nie. Aku tak bape nak minat sangat dengan dia nie(cara dia main aku minat),kawan-kawan aku memang tengah gila dengan budak nie. Budak sport lar katakan,kacak,hot,muda,kaya pulak tu, skill pun mantap sih. Itu pandangan aku.


Aku mula-mula tengok nazmi faiz nie minat jugak dengan cara dia main bukan tengok RUPA yer. Selepas jer dia jaringkan gol tu terus buat nama dia naik,selama nye biasa-biasa jer,,budak-budak paras-paras aku nie mula lah tergitu-gitu kan(paham-paham lar sendiri) biasalar kalau dah umur dah sama, nak buat laki lar apa lar. 

Tapi sekarang aku jadi meluat,,bila cakap jer sikit pasal nazmi faiz "hehehehe hensem lar" yang ganas sikit "weii pakwe aku tu" "sape kata tu pakwe ko, aku punya ar,dia milik aku" mari lagi sorang "tu bakal suami i lar,u jangan kacau ye" buaaaweeekkk bershuffle bulu roma aku dengar. Sifat budak-budak macam nie buat aku jadi tak bape nak suka dekat nazmi faiz(orang lain yang salah orang lain yang kena) bergaduh lar berguling-guling pun korang memang kenal dia,dia ada kenal korang?? HAHAHAHA

Lagipun nazmi faiz dah ada awek baru...cun pun cun,comel pun comel..nama pun sedap..apa nama dia..TENGKU FIELLA..hehehehe....merana lar korang semua..




Aku benci dia tapi cara permainan dia tetap best!!!pisss yooo!!!


Minuman Arak Berperisa Haiwan

Salam semua..apa khabar semua!!Hari nie aku nak suruh korang usha-usha gambar-gambar yang bagi aku eyy geli gila.Minuman arak berperisa haiwan,macam-macam lar karenah manusia zaman sekarang nie..lepas satu-satu..Jom-jom kita tengok,macam2 perisa ada,




perisa ular tedung
Perisa ular apa lar nye






Sedap sangat lar mat salleh nie minum..eyyy..dah arak tu dah memabukkan tambah pulak dengan haiwan berbisa,apa lar rasanya..haram,haram,haram,haram...pisss yooo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...