Kenapa Ibu Bapa Sekarang Bukan Macam Zaman Dulu??

Kenapa Ibu bapa sekarang tak macam zaman dulu ??? dulu ibu bapa bila nak marah anak , keluar la mencarut "bertuah punya anak " "pandainya anak mak ni " . Agak2 ibu bapa zaman sekarang kalau marah keluar macam mana yerk "jahanam lar,sial,bodoh," . Tulah zaman sekarang susah nak cari budak-budak yang baik , yelah asyik menyumpah benda-benda yang tak elok je , kalau dah kata hari-hari memang benda tu jadi lar . Dari tak bodoh jadi bodoh ,dari baik jadi jahanam , dari berakhlak mulia jadi sial . Dah jadi satu doa kalau selalu cakap.




gambar hiasan

Budak-budak zaman sekarang pula bukan macam dulu . Kalau budak zaman atuk-atuk aku kena marah mesti diam je , pergi pujuk mak ayah dia , buat-buat kerja rumah sebab nak pujuk hati mak ayah yang tengah marah , bancuh-bancuh air , masak-masak(yang ni opah aku cite sebab opah kata dia buat macam nie dulu hehehehe) 

Kalau budak sekarang , mak marah je kecoh satu facebook , twitter . Ada yang lari dari rumah , maki-maki mak ayah . Nak salahkan sapa?? ibu bapa atau anak-anak . Dua-dua salah kot . Lagi satu  sikap ibu bapa yang memang aku tak suka bukan mak ayah aku la(tapi ada lah pernah buat sekali sekala) , orang lain aku pernah nampak . Ibu bapa ni suka bandingkan anak dengan adik beradik , kalau takde adik beradik , sepupu ,sedara ,jiran sebelah rumah ,jiran sekampung , budak flat .



Memanglah tujuan perbandingan ni dibuat ialah untuk mendorong atau memberi semangat kepada anak . Tetapi kalau dah selalu sangat cakap kami ni fikir macam-macam , rendah diri anak-anak macam aku ni . Contoh ayat banding-membanding ni

" Apa nak jadi kau ni..tengok si Amin tu , tiap hari bangun awal , sembahyang subuh lepas tu tiap kali keluar mesti balik awal . Tak macam kau , memalukan mak je (ni untuk lelaki)

"Kamu ni tak pandai langsung nak masak , tengok anak jiran tu , pandai betul masak tak payah nak suruh dia buat sendiri , kau ni apa nak jadi , esok siapa la nak kat kau " (yang nie selalu kena kat aku) Bengkek je hati , dalam hati aku berbicara "mak ada kawan saya tu masak nasi pun kena mak dia tolong sukat kan , nasi tak pandai masak apatah lagi lauk , sekurang-kurangnya anak mak ni pandai juga dari tak tahu langsung " (hahahaha cakap dalam hati jelah nanti kalau cakap kat luar kena pulak) 

Kesimpulanya, susah nak cari ibu bapa yang sikap seperti zaman dulu . Kalau ada , anda perlu lar bersyukur. Bertuah betul . ^^ .Piss Yoo


4 comments:

  1. setuju hundred percent ! like post nie gilagila :)

  2. Nana said... BALAS

    Hmm..betul tu..aku pun kena gak..adoyaiii..sabo jelaa..

  3. Myshdorm said... BALAS

    @Nanasemua anak pempuan mesti kena. hahahaha

  4. Myshdorm said... BALAS

    @Hanie Redzterima kasih..dah jadi adab sekarang ibu bapa macam tu . ntah kita jadi ibu bapa macam mana la plak nnti..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...